Wednesday, December 31, 2008

My New Phone!




Inilah phone terbaruku!
Samsung Omnia i900

Harga tak payah ckp la kan..korang2 pun tau...
Best + Puas!

Geram dgn TM!?

keranna (sambung dari Title: Aku Kini!)

rumahku akan disambung dengan internet...tapi....
TM Bayan Baru buat hal...
aku mula daftar n isi borang Stremyx Combo pada 27/11/2008...
line telifon mula aktif 2/12/2008(bleh bt call in n call out)...
...sehingga 31/12/2008, aku telah berulang-alik ke TM Bayan Baru utk check status mohon pasang Stremyx n amik modem sebanyak 4 kali...namun status line telifon aku masih Diperingkat Awal' (takleh bt internet connection)...alasan diorg ada masalah teknical di KL...
pejam celik pejam celik dah sebulan tak pasang2 lg internet kat umah aku...
So korang rasa patutkah aku Geram@Tension dgn TM?!

Aku Kini!

Mohon maaf! (entah kepada siapa)

Aku rasa bersalah pulak...sudah buat blog tp taknak meneruskan kesinambungan blog ini...

Namun sedikit Update terkini tentang diriku...
Aku kini tak lagi bekerja sebagai Research Assistant di Jabatan Kejuruteraan Mekanik, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya...
Aku kini bekerja sebagai Jurutera 1 di Western Digital(Media) di Bayan Baru,Pulau Pinang...Alhamdulillah...dengan bekerja di WD, dpt aku berada disamping keluarga yg tercinta...dgn aku dekat dgn mereka, dapatlah aku membantu keluarga ku dengan lebih 'direct'...

Update tentang kerja!
WD ni company buat Hard disk...Di Penang ada 2 plant iaitu PN1 n PN2...aku kat PN2...Di WD, aku ditempatkan di bawah Department Sputter Equipment...
Sputter Depatment merupakan depatment yg paling penting di WD....
takde Sputter, takdela WD...
Sputter ni kira proses memasukkan magnetik layer kat disk...
Selama 6 bulan ni aku masih di peringkat training dibawah Graduate Leadership Program (GLP)...so ari2 kena blajar je...so agak boring gak la...tp aku n rakan2ku ada xtvt utk kurangkan rasa boring tu....

WD ni kira dalam keadaan parah jugakla dgn keadaan ekonomi yg merudum sekarang ni...
WD terpaksa tutup satu kilang nya di Sarawak dan salah satu plant nyer di Thailand...
Alhamdulillah...yg kat Penang selamat...tapi tak tau smpai bila kerana 2009 pun belum tentu ekonomi dapat pulih sepenuhnya...

Walaubagaimanapun aku berserah shja kepada Allah s.w.t utk menentukan nasib WD dengan memohon pertolongan-Nya.

Insyaallah...bermula 2009 aku akan lebih kerap update blog ini...kerana...(to be continue)

31/12/2008 ke 1/1/2009

Selamat Tinggal 2008!

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009 kepada seluruh penduduk Bumi!

Kita mulakan tahun baru dengan azam yg baru!
Kita renungkan sejenak Tahun 2008...
Sudah banyakkah amalan ku? Adakah aku akan menjadi lebih baik? Lebih Beramal?
Banyakkah usahaku utk membantu keluarga,menyumbang kepada negara dan meningkatkan amalan agamaku? Terlalu byk persoalan yg menyelubungi kita sebagai makhluk Allah s.w.t yg lemah...

Namun...
Kita tak boleh menoleh ke belakang lagi...
Kita harus merancang masa hadapan yg masih belum tentu lagi...
Dan... Utk blog RancakDCtwo...
Mudah2an masih ada dayaku utk menulis blog ini...

Selamat Datang 2009!

Tuesday, October 14, 2008

News: Harga minyak turun!

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan penurunan harga minyak.
Penurunan harga runcit minyak petrol dan diesel akan berkuatkuasa tengah malam ini.

Harga petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen seliter dari RM2.45 kepada RM2.30 seliter;

Manakala petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter dari RM2.30 kepada RM2.20 seliter.

Manakala harga diesel akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter dari RM2.40 kepada RM2.20 seliter.

Komen aku: Terbaek!!

Monday, October 13, 2008

Political Issues: Tak minat Tukar Kerajaan!!!

Ketua Pembangkang tidak berminat meneruskan rancangannya menukar kerajaan persekutuan melalui usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat yang sedang bersidang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sekarang menumpukan fokus pada isu-isu ekonomi, termasuk Bajet 2009.

"Buat masa ini fokus kita ialah terhadap bajet," katanya, juga ketua PKR, di lobi Parlimen hari ini.

Komen aku: Aitttt!! Ari tu masa election beria-ria sngat nak tumbang kerajaan BN...then cakap dah cukup ahli parlimen nak tukar kerajaan...tp ari ni cam tak minat plak...Pelik! Adakah plan alih kerajaan tu main2 je? Harga minyak dah turun nih...kalu Pakatan berkuasa mesti turunkan harga minyak...BN tak nak turunkan pun(coz kena berhati2 dengan krisis ekonomi la tu)...tp aku rasa Pakatan takut nak pegang kerajaan dlm krisis kewangan dunia sekarang ni kott...Hurmm..sesama la kita fikir..

Sunday, October 12, 2008

Political Issues: Update terkini Pencalonan Pemilihan UMNO

presiden
- Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (timbalan perdana menteri) - 23
- Tengku Razaleigh Hamzah(Ketua Umno bahagian Gua Musang)

timbalan presiden
- Tan Sri Muhyiddin Yassin (naib presiden) - 21
- Datuk Seri Mohd Ali Rustam (ketua menteri melaka)- 3
- Datuk Muhd Taib - 2
- Datuk Nur Jazlan Mohamad .

naib presiden - Datuk Seri Hishammuddin Hussein (menteri) - 20
- Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (timbalan ketua perhubungan Umno Sabah)-10
- Datuk Ahmad Zahid Hamidi(menteri jabatan perdana menteri), - 9
- Datuk Seri Mohd Khalid Nordin (menteri pengajian tinggi) - 7
- Datuk Seri Rais Yatim (menteri luar) - 5
- Datuk Seri Syed Hamid Albar (menteri dalam negeri) - 5
- Tan Sri Isa Samad (bekas naib presiden) - 4
- Datuk Seri Shahidan Kassim(ketua badan perhubungan Umno Perlis) - 3
- Datuk Mohamad Hassan(ketua menteri negeri sembilan) - 2
- Datuk Jamaluddin Jarjis (menteri) - 2
- Tan Sri Annuar Musa - 1
- Tan Sri Rahim Thamby Chik (bekas ketua Pemuda)
- Datuk Seri Musa Aman (ketua menteri sabah)
(Calon bagi jawatan naib presiden diwajibkan mendapat 10 peratus atau 19 pencalonan daripada 191 Umno bahagian)

ahli majlis tertinggi (MT) Umno
- Datuk Seri Idris Jusoh(bekas menteri besar Terengganu).
- Datuk Abdul Rahman Bakar(ketua Umno bahagian Marang)
- Datuk Tengku Putera Tengku Awang(ketua Umno bahagian Hulu Terengganu)
- Datuk Ahmad Lebai Sudin (ketua Umno bahagian Pokok Sena)
- Datuk Johari Baharom(timbalan menteri Jabatan Perdana Menteri)

ketua Pemuda - Datuk Mukhriz Tun Mahathir(exco Pemuda) - 38 (Layak Bertanding)
- Khairy Jamaluddin (ahli parlimen Rembau/menantu Pak Lah) - 19
- Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (bekas menteri besar Selangor) - 10
- Datuk Zahidi Zainul Abidin(timbalan ketua perhubungan Umno Perlis)- 1
(Calon bagi jawatan ketua Pemuda diwajibkan mendapat 20 peratus atau 38 pencalonan daripada 191 Umno bahagian)

ketua wanita
- Tan Sri Rafidah Aziz (bekas menteri) - 39
- Datuk Seri Shahrizat Jalil - 39

ketua puteri
- Datuk Shahaniza Shamsuddin(ketua Puteri Pahang) - 23
- Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin(naib ketua) - 22
- Datin Ismalina Ismail(ketua Puteri Wilayah Persekutuan) - 7
- Bibi Sharliza Mohd Khalid (setiausaha puteri) - 6
- Azlina Mehtab - 2

News: Shahrukh Khan dapat Datuk?

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob akan anugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka kepada Shahrukh Khan kerana promosi Melaka dalam movie One 2 Ka 4 dan 5 movies lagi.

Komen aku: Nanti org kena panggil Datuk Shahrukh Khan la kat pelakon ni... Agak2 nape tak bg kat pengarah filem je? Pelakon juz ikut arahan Pengarah or Penerbit je pun...Silap2 die tak tau pun yg tempat yg di berlakon tu nama Melaka...KahKahKah...Bg la Kat Jackie Chan gak...die berlakon kat Dataran Merdeka kot dlm Police Story!...dulu kecik2 aku minat gak Shahrukh Khan ni...skarang dah tak dah...coz hero tu dah tua...KahKahKah.

Political Issues: Esok Parlimen Sambung Bersidang...Apa DSAI cakap?

DSAI yg merupakan de facto leader Parti Keadilan Rakyat smlm menyalahkan Pak Lah kerana kelewatan dalam penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat. Beliau menegaskan bhwa Pakatan Rakyat dah mempunyai cukup ahli parlimen utk tubuh kerajaan pada 16 September. " We asked Pak Lah for a meeting to ensure an orderly transition of power, but he refused to call for a special session of the Parliament to prove Pakatan's majority in the house. Never mind, the new government will still be formed soon,'' Anwar said.

Komen aku: Biasa la tu... bila dah plan tak berjaya mesti la nak salahkan org lain kan...Soon? why soon? Bagitau je lah tarikh yg betoi2...Sebelum ni confident je letak tarikh...Kenapa tak ckp esok? Esok kan parlimen nak bersidang....Kahkahkah

Movie yg aku tgk: Fury

Korang minat citer Ong Bak? if minat korang tak bleh miss movie Fury yg baru masuk panggung...
hebat: masa minah hero tu lawan...blajar dari citer Ong Bak je dah pandai tomoi minah ni...tapi 3 suku dia ni...
bosan: asal tunjuk muka mak hero je terus bosan citer ni...
kelakar giler: ada skit2 aksi lawan dlm citer ni ada unsur2 cam citer2 Steven Chow...pecut perut korang gelak!! Confirm..

Cadangan aku: Korang tak yah gi tengok citer Disaster Movie if tgh sengkek...tunggu je filem ni ada org upload then korang download je.

Thursday, October 9, 2008

Political Issues: Ahmad Zahid n Muhammad Mohd Taib

Datuk Ahmad Zahid tak nak bertanding timbalan tp bertanding naib plak...sebagai menghormati Najib yg akan jadi presiden UMNO...

Tan Sri Muhammad Mohd Taib tetiba nak bertanding timbalan...so ni update terkini

timbalan presiden
- Tan Sri Muhyiddin Yassin (naib presiden)
- Datuk Seri Mohd Ali Rustam (ketua menteri melaka)
- Datuk Nur Jazlan Mohamed(ketua bahagian Pulai)
- Tan Sri Muhammad Mohd Taib (Ketua penerangan Umno)

naib presiden
- Datuk Seri Shahidan Kassim(ketua badan perhubungan Umno Perlis
- Tan Sri Isa Samad (bekas naib presiden)
- Tan Sri Rahim Thamby Chik (bekas ketua Pemuda)
- Datuk Seri Syed Hamid Albar (menteri dalam negeri)
- Datuk Seri Mohd Khalid Nordin (menteri pengajian tinggi)
- Datuk Seri Rais Yatim (menteri luar)
- Datuk Seri Musa Aman (ketua menteri sabah)
- Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (timbalan ketua perhubungan Umno Sabah)
- Datuk Ahmad Zahid Hamidi(menteri jabatan perdana menteri)

Wednesday, October 8, 2008

Political Issues: Pak Lah tak tanding President!!

Pada Mesyuarat Dewan Tertinggi BN jam 3.30 petang tadi, Pak Lah telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan presiden yg disandangnya sekarang pada pemilihan UMNO mac depan.Beliau juga akan melepaskan jawatan perdana menteri dan menyerahkan kuasa kepada timbalannya pada bulan Mac apabila Datuk Seri Najib Razak dipilih sebagai presiden baru parti itu.

KahKahkah...Mmg semua org dah jangka dah Pak Lah akan buat keputusan ni...Kesian Pak Lah...apabila beliau bersara pada Mac 2010, beliau menjadi salah seorang perdana menteri yang mentadbir dalam tempoh masa paling singkat - selama lima tahun lima bulan...

Info sket...
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dari Ogos 1957 hingga Jun 1971
Tun Abdul Razak dari September 1971 hingga Januari 1976
Tun Hussein Onn dari Januari 1976 hingga Julai 1981
Tun Dr. Mahathir Mohamad dari Julai 1981 hingga Oktober 2003
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dari Oktober 2003 hingga Mac 2010

so who's our nextPM????

Seperti yg sedia maklum if jadi Presiden UMNO di zaman kekuasaan BN secara automatik akan jd PM.Antara ahli politik UMNO yg telah mengumumkan kesediaan untuk bertanding dan dijangka bertanding jawatan presiden dan jawatan2 penting UMNO adalah seperti berikut:

presiden - Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (timbalan perdana menteri)
- Tengku Razaleigh Hamzah(Ketua Umno bahagian Gua Musang)

timbalan presiden - Tan Sri Muhyiddin Yassin (naib presiden)
-Datuk Ahmad Zahid Hamidi(menteri jabatan perdana menteri),
- Datuk Seri Mohd Ali Rustam (ketua menteri melaka)
- Nur Jazlan.

naib presiden - Datuk Seri Shahidan Kassim(ketua badan perhubungan Umno Perlis
- Tan Sri Isa Samad (bekas naib presiden)
- Tan Sri Rahim Thamby Chik (bekas ketua Pemuda)
- Datuk Seri Syed Hamid Albar (menteri dalam negeri)
- Datuk Seri Mohd Khalid Nordin (menteri pengajian tinggi)
- Datuk Seri Rais Yatim (menteri luar)
- Datuk Seri Musa Aman (ketua menteri sabah)
- Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (timbalan ketua perhubungan Umno Sabah)

ahli majlis tertinggi (MT) Umno
- Datuk Seri Idris Jusoh(bekas menteri besar Terengganu).
- Datuk Abdul Rahman Bakar(ketua Umno bahagian Marang)
- Datuk Tengku Putera Tengku Awang(ketua Umno bahagian Hulu Terengganu)
- Datuk Ahmad Lebai Sudin (ketua Umno bahagian Pokok Sena)
- Datuk Johari Baharom(timbalan menteri Jabatan Perdana Menteri)

ketua Pemuda - Khairy Jamaluddin (ahli parlimen Rembau/menantu Pak Lah)
- Datuk Mukhriz Tun Mahathir(exco Pemuda)
- Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (bekas menteri besar Selangor)
- Datuk Zahidi Zainul Abidin(timbalan ketua perhubungan Umno Perlis)

ketua wanita - Tan Sri Rafidah Aziz (bekas menteri)

ketua puteri - Rosnah Abdul Rashid Shirlin(naib ketua)
- Datin Ismalina Ismail(ketua Puteri Wilayah Persekutuan)
- Datuk Shahaniza Shamsuddin(ketua Puteri Pahang)
- Bibi Sharliza Mohd Khalid (setiausaha puteri)

Calon presiden memerlukan 30 peratus atau 58 pencalonan, timbalan presiden (20% atau 38 pencalonan), naib presiden (10% atau 19 pencalonan) dan Majlis Tertinggi (5% atau 10 pencalonan).

p/s:- if salah jgn saman...sy tak cukup duit nak upah lawyer....
tunggu update yerr.....
kahkahkah....

Tuesday, October 7, 2008

Political Issues: Apa keputusan Pak Lah?

Hampir 30 badan2 NGO berkumpul secara aman di hadapan kediaman rasmi Pak Lah pagi ini bagi menyatakan sokongan mereka terhadap Pak Lah. Pak Lah dijangka akan mengeluarkan kenyataan sama ada mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno pada pemilihan Mac depan ketika mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN), di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), jam 3.30 petang ini. Antara NGO yg berkumpul bermula 7.15 pagi tadi adalah terdiri daripada Alumni Kelab Umno Luar Negara, Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti (PERKIP) dan Pekida.

Bagaimana dengan anda? Apakah pendirian anda sebagai rakyat Malaysia? Apa2 pun kita tunggu penyataan yg akan dikeluarkan oleh Pak Lah...

I'm back n today's my birthday!

Alhamdulillah...
Tahun ini Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah diseluruh negara...
Setelah 5 jam perjalan dengan Kancil ku yg tak kurang memenatkan bermula pukul 9.30 pg tadi, kembalilah semula aku ke Kuala Lumpur...lambat sehari dari kebanyakkan warga KL...
Aku mmg plan nak balik hari ini kerana menjangka tiada kerja akan diberi oleh Bos ku..
Dia pun tak bagitau awal2 smpai bila aku cuti so aku balik la sesuka hati...
Tapi sebenarnya ada keje yg perlu disettlekan...so smpai saja ke UM terus aku settlekan keje2 tu semua...Alhamdulillah...Bos aku tak marah walaupun aku sengaja balik lewat...

Hurm...hampir 2 minggu aku tak menulis blog banyak perkara yg dah berlaku di negara kita...apa yg dah tertinggal tu aku malas nak sentuh dah...coz dah basi...so bermula esok aku akan mula dengan isu n berita2 yg fresh2...

Oh sebelum aku lupa...hari ni adalah ulang tahun kelahiran aku yg ke 23 tahun...
Selamat Hari Jadi! Selamat Hari Jadi! Selamat Hari Jadi Shafizul! Selamat Hari Jadi!!Lalala...

Sunday, September 28, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Kepada seluruh umat Islam seluruh dunia diucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Blog ini akan tak dikemaskini sehingga 7 Oktober 2008 (My birthday on that day)
kerana pemiliknya sedang sibuk beraya di kampung...tiada sambungan internet...

Kepada yg akan memandu utk pulang n balik semula dari kampung dinasihatkan supaya berhati-hati...save journey...Jom join aku main mercun!! kahkahkah

Thursday, September 25, 2008

Political Issues: Tukar k'jaan - Hanya Anwar boleh buat kenyataan

Sumber dr Malaysia Kini,
Tukar k'jaan: Hanya Anwar boleh buat kenyataan

'Atas alasan strategi, mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR malam tadi memutuskan bahawa hanya penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang boleh membuat kenyataan mengenai usaha pembentukan kerajaan baru.

Selain beliau, hanya individu yang mendapat kebenaran parti dan Anwar yang dibenar mengeluarkan kenyataan mengenainya, demikian menurut sumber-sumber yang hadir dalam pertemuan tersebut.'

Aku komen: Atas alasan strategi???? kahkahkah....sampai bila lah nak ber'strategi-strategi' lg nih...aku tak paham betoi la... yg peliknya mana peginye PAS n DAP masa keputusan ni dibuat...mmg la Anwar tu ketua pembangkang...kenapa meeting tu hanya melibatkan Majlis Tertinggi PKR shaja tanpa melibatkan komponen2 Pakatan Rakyat yg lain? PKR ke yg nak memonopoli peralihan kuasa nih?...Gila KUasa Nampak...kahkahkah

Bab fly ke Southamton,UK

Pukul 1.15.. aku baru smpai dr KLIA menghantar Bab yg menyambung master degree di University of Southamton dgn jurusan maritim...Flight dia berlepas pukul 11.45 mlm td...aku, Bab n Wena dah bertolak dari UM ke KLIA pukul 5.30ptg td...lps membeli juadah berbuka di Bazar Ramadhan Seksyen 17 kami pun bertolak ke KLIA dan berhenti berbuka di Plaza Tol Sungai Besi...sepjg bulan puasa ni...buka puasa td yg paling best...mcm2 ada...yg aku ingat kami makn sate, bubur, 'brain-brain', kueh melaka, roti john, nasi goreng, roti jala, kueh pelita, air tebu n air jambu...ada lg 2 3 jenis makann yg aku tak ingat...n tak ketinggalan rokok 2 batang...yg best nyer kitorg dah mcm berpicnic tepi jalan 2...Tahniah kat ko Bab... Lps segala halangan n cabaran yg ko tempuhi...dpt jugak ko g UK...Good Luck Bro! Balik nti jd Lecturer elok2 kat UM nih...kahkahkah...(I'm going to miss u too)

Wednesday, September 24, 2008

Political Issues:Harga minyak turun 10 sen!

Alhamdulillah harga minyak dah turun sikit...Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan sebanyak 10 sen lagi harga minyak berkuatkuasa esok.

Harga minyak petrol jenis RON 97 kini turun kepada RM2.45 seliter manakala harga RON 92 pula turun kepada RM2.30 seliter.

Kerajaan juga mengumumkan pengurangan minyak diesel, juga sebanyak 10 sen, kepada RM2.40 seliter.

Baguslah baru je hari Jumaat ni nak drive balik Penang harga minyak tetiba turun...sekurang -kurang kurang lah sikit beban...

Tahniah kerajaan!

Pakatan dok ingat depa je bleh turun kan harga minyak!
KahKahKah...

Tuesday, September 23, 2008

Kejohanan 'Freerun' DuniaWorld Freerun Championships

Gabriel ‘Jaywalker’ Nunez (USA) dimahkotakan sebagai juara dunia rasmi dengan Tim ‘livewire’ Shleff (UK)di tempat kedua dan Ben ‘Jenx’ Jenkins (UK) ditempat ketiga. Ben 'Jenx' Jenkins juga mendapat wAdidas’ Sickest Techniquie Award.

Secara keseluruhannya, seramai 23 atlet dari 18 buah negara telah bertanding didalam Kejohanan Larian Bebas Sedunia pada 3 September yang lalu. Acara pertandingan terhenti sebentar apabila peserta Mexico, Jorge 'Serge' Romero terjatuh semasa melakukan gerakan bawah palang ke lompatan tepat setinggi 20 kaki akibat tersilap anggaran dan merempuh dengan kuat. Ini menyebabkan dia terkeluar dari kejohanan.

Secara keseluruhan, kemahiran yang tinggi dan penyatuan sesama pesaing menampakkan tanda-tanda sukan ini akan berkembang dengan pesat. Kejohanan itu berakhir dengan cemerlang dan mendapat liputan meluas di media.

Official Top 10 Rankings

Gabriel 'Jaywalker' Nunez
Tim 'Livewire' Shieff
Ben 'Jenx' Jenkin
Pip 'Piptrix' Andersen
Billy 'Skipper' Hughes
Victor 'Showtime' Lopez
Andrejs 'Djuxa' Turanovs
Marwan 'Majora' Elgamal
Luca Virdis
Sascha 'Cionn' Hauser

Political Issues: RM 10 untuk makanan banduan?

Kecoh apabila exco kanan Selangor, Teresa Kok menyifatkan hidangannya dalam tahanan ISA minggu lalu "seperti makanan anjing" - dua biji telur, timun dan kuah untuk makan tengah hari dan malam.
Then Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub nak cadang kat parlimen supaya peruntukn makanan utk seorang banduan dinaikkan daripada RM 4.50 ke RM 10!
What the %#@$(F word)?!!!RM 10!!! Perghhhh...ni dah macam belanja aku ari2 ni...RM 10 kali 365 hari kali 1000 banduan = RM 365 000....if RM 4.50 kita dapat save RM 365 000....tu baru 1000 org banduan.
If beribu-ribu? mesti lg banyak kan...apa la pembangkang ni...suruh kerajaan tampung macam2 subsidi...tak kan subsidi utk makanan banduan pun nak tambah kot...
Maybe if dinaikkan sikit tu bleh trima la coz RM 4.50 tu macam agak sikit...ni sampai RM 10! Ramai la org yg mengganggur nak masuk penjara nti...kahkahkah.

Political Issues: Namawee di soal polis?

Ramai ke org Melayu atau Islam yg menyokong Namawee (pencipta Lagu Negarakuku) sedangkan didlm lagu tu ada menghina laungan Azan, mengkritik polis, amalan rasuah, kelemahan birokrasi, dasar pro-Bumiputera dsb?
Dengar2 budak ni dah balik Muar...abis blajar dah kot... sama cam aku je baru abis bljar...balik je Malaysia dah kena soal ngan polis pasal video dia dalam Youtube tu....
Lagu tu best gak la dengan irama RnB dia...aku mmg minat RnB pun...tapi aku tak berkenan langsung dengan isi kandungan lagu tu...apatah lagi diselitkan lirik lagu kebangsaan kita...
If irama je lagu kebangsaan kira bleh trima gak la sbb irama dia pun diciplak irama Hawaii...apa2 pun pengunjung internet tak payah lagi la dok buka video tu dari Youtube coz
message yg ada lagu tu tak elok... mamat tu pun dah mintak maaf dah...kat pemimpin2 UMNO yg masih mrah kat dia 2, korang maafkan lah dia ekk...takkan nak tunggu Raya baru nak maafkan kot...
time2 puasa ni pun elok gak...kahkahkah

Political Issues: Apa dah jadi dengan Rancangan 16 September?

Dengar2 Pakatan Rakyat nak bagitau Sultan tentang peralihan kuasa kerajaan n mintak Sultan suruh Parlimen bersidang segera,
Tapi surat pun tak hantar lagi! Surat dah siap tp hold dulu! Ntah apa la agenda Anwar ni n Pakatan Rakyat ni.
Aku pun confius dengan taktik diorang ni. Walaupun Taktik ni kotor! tp utk menjatuhkn BN, taktik ni jadi tak kotor! Nik Aziz yg alim 2 pun sokong.
Provokasi dari anwar n kuncu-kuncu dia ni telah buat pemimpin UMNO terutama yg pegang jawatan dlm kabinet dok tak diam hingga jejaskan urusan.
Situasi nya macam kerja dalam sesebuah company la. If tau company tu nak bankcrup mesti dah dok tak senang n fikir nak cari keje lain dah.
Bg aku, tak payah dok layan sangat kerenah anwar ni... apa2 pun kita tunggu dan lihat je lah...kahkahkah

Isu Politik Semasa!!! (1st: Pak Lah kena Letak Jawatan?)

This is my 1st post on political issues...Skarng ni dah terlampau banyak bloggers2 yg membina blog sendiri utk memberi komen tentang situasi politik semasa...
Bahaya jgk sebenarnya if nak komen tentang politik ni...silap2 bleh kena tangkap under ISA n dihantar ke Kemunting cam Raja Petra...
But i still believe that negara kita memberi kebebasan bersuara asalkan perkara2 yg kita sentuh n masukkan dlm blog tidak menimbulkan kacau -bilau, berunsur hasutan, menjejaskan hubungan antara kaum dan agama dsb.
(Jangan la aku tulis bebenda cam tu) What's damn happen in our country now? Bnyak perkara yg aku nak sentuh kat sini so keep reading my next post!

Dah ramai pemimpin2 dlm UMNO yg nak Pak Lah letak jawatan awal n tak bertanding dlm pemilih utk mengekalkan jawatan Presiden UMNO.
Aku bukan nya nak berpihak sgt kat Pak Lah but i also think that he should step down. Aku pun dah kurang keyakinan kat Pak Lah selepas kekalahn BN di Penang.
Skrang Penang dah berada di bawah Pembangkang. Rakyat di Penang, Perak, Selangor n Kedah dah tunjukkan dlm Pilihanraya lepas yg rakyat dah hilang trust dgn BN.
But for me, people hilang trust bukan sebab BN tp sebab Pak Lah.
Thats why bnyk undi swing ke Pembangkang kerana dah takde parti lain. Aku sokong Najib sebagai penganti Pak Lah n Pak Lah kena letak jwatan sebelum pemilihan parti.
Ni kerana dia maybe akan tak cukup pencalonan.N secara automatik, Ku Li yg cukup pencalonan akan menang.
Skrang ni byk rumour ckp Ku-Li akan regu ngan Muhyidin Yasin. Muhyidin Yasin akan bertanding sebagai Timbalan presiden but aku rasa dia akan kalah if lawan Najib.Then akan jd, Ku-Li sebagai Presiden UMNO n Najib sebagai Timbalan Presiden.
Kombinasi yg kurang sesuai sbb Ku-Li n Najib tak Ngam. So basically pentadbiran UMNO akan goyah justeru memberi kesan terhadap kepercayaan MCA,MIC, Gerakan sebagai komponen penting BN.
Dari kontek lain, aku melihat yg situasi yg dihadapi oleh Pak Lah amat menyedihkan. If dia turun, dia akan menjadi Perdana Menteri pertama Malaysia yg letak jawatan sebab hilang kepercayaan pengikut di dalam parti.
Kisah kepimpinannya berakhir dengan menyedihkan. Btw thanx to Pak Lah atas segala bantuan n kenikmatan hidup yg aku dapat sehingga sekarang ni...hohoho

Monday, September 8, 2008

Kegemaran & Risiko!


Kegemaran? Mengapa manusia gemar melakukan perkara yang mereka sukai? Mengapa perlu hipokrit melakukan perkara atau sesuatu yang ramai orang keliling kita suka lakukan sedangkan hakikatnya kita tak gemar melakukan perkara tersebut?
Kegemaran atau kesukaan bagiku adalah merupakan sesuatu yang dilakukan untuk mencapai kepuasan sendiri. Ia juga boleh dikenali sebagai hobi yang selalunya orang lakukan sebagai mengisi masa lapang, mendapat atau mencapai tahap tertentu tidak mengambil kira samaada perkara tersebut berfaedah mahupun tidak.
Risiko selalunya dikaitkan dengan perkara yang mendatangkan musibah atau sesuatu yang berpotensi untuk menyebabkan kecelakaan.
Mengapa manusa suka atau gemarkan hobi yang berisiko? Mengapa tak kumpul setem ke? Shopping ke? Shopping pun ada risiko kan?
Risiko kehabisan duit dan pembaziran! Apa saja hobi yang kita lakukan ada pro and kontra, kesan positif dan negatif bergantung kepada cara kita menilai hobi tersebut.
Dan bagiku selagi sesuatu hobi itu membuatkan kita gembira dan puas apa salahnya kita terus lakukan selagi hobi tersebut tidak memberi kesan yang negatif kepada orang lain atau kesan buruk kepada persekitaran kita. Dan bagiku sukan Parkour adalah cara untuk aku mencapai kepuasan dan menerokai kemampuan fisikal. Walaupu hobi ini baru aku kenal sejak setahun yang lalu, aku dapat rasakan bahawa sukan ini akan terus aku praktikkan dalam hidup aku selagi mampu.
People keep saying that this type of extreme sport is dangerous…Mesti la BAHAYA! Orang naik motosikal tiap-tiap hari pun bahaya.
Tiap-tiap hari berdepan dengan risiko jatuh atau kemalangan. Walaupun bahaya, orang masih naik motosikal kerana ia adalah satu keperluan.
Orang tahu bahawa risiko kemalangan tu boleh dielakkan jika tahu teknik-teknik yang betul dan ikut peraturan jalanraya.
Dan bagi aku, sukan Parkour adalah satu keperluan bagi aku untuk sentiasa badan sentiasa cergas, sihat, pantas, lebit alert dan lebih confident.
Why not jog ke? Senaman ke? OH Man!...balik ke persoalan awal, mengapa perlu hipokrit melakukan perkara atau sesuatu yang tak suka atau gemar?
Sukan ini juga ada panduan teknik dan had yang perlu diikuti. Aku boleh lompat dari tinggi 1 yang tingginya 6-8 meter dan mendarat dengan selamat sebab aku tahu teknik , had dan keyakinan.
Sesiapa yang sihat pun boleh buat asalkan dapat aplikasikan teknik, tahu had diri, ada keyakinan dan keberanian.
Orang yang tak tahu akan fikir negatif terhadap apa yang aku atau traceur lain lakukan.
Sesetengah orang termasuk aku suka menerokai kebolehan dan kemampuan diri kerana bagiku dari situ kita akan dapat menilai diri sendiri.
Walau bagaimanapun, aku sentiasa beringat bahawa terdapat perbezaan antara keberanian dan kebodohan. Badan manusia mempunyai had-had tertentu, oleh itu penterjemahan ilmu yang ada semasa beraksi perkour adalah penting dan amat aku titik beratkan.
So people out there please try to understand what we are doing! Parkour is not crime! People who doing it in a wrong way and for wrong reason is the one who doing a crime!

Me and some of my friend have come out with short video contributed to 12th Residential College, University of Malaya.

click this link (http://www.youtube.com/watch?v=hjBPVsTNjPM)

Video ini diwujudkan untuk menyampaikan msg2 berikut:

1) Parkour adalah sukan extreme yg mengandungi unsur2 kesenian dalam pergerakan atau larian. (Aksi2 yg tidak sepatutnya yg dipaparkan adalah sekadar utk menunjukkan keseniaan sukan ini)
2) Parkour is not a crime!
3) Dont be harsh! Keep track of time!
4) Dont leave your room unlock!
5) If no pendrive majlis tak lengkap sebab tiada multimedia show, jadi jika anda berada dalam situasi tersebut tolonglah bantu lengkapkan majlis itu dengan mendapatkan semula pendrive tersebut untuk menjayakan majlis yg dikelola olah pelajar UM.

Why I start my own Blog?

Why I start my own Blog?

1) Share something in my mine.

2) Give comment n idea on isu2 yg terkini samada isu politik, ekonomi, sukan dsb yg berlaku di dalam n luar negara.

3) Berkongsi ilmu,pengalaman, music, clip video, video, photo dsb dgn pelayar internet.
4) Dah bosan asyik baca blog org lain je (aku pun nak ada gak blog, spya org lain plak bosan baca blog aku)


5) Maybe sebagai medan tempur maya on latest isu.
6) Mengisi masa lapang aku.

7) Supaya aku famous kot..huahuahua


Penulisan atau sumber dari blog ini tidak didaftar atau diwartakan sebagai hak peribadi, sesiapa saja bleh ciplak, copy paste, download dsd untuk kegunaan sendiri dan di publish...i don't give a damn what u want to do with my post in this blog. Bahasa yg digunakn dlm blog ini juga adalah salah dari segi tatabahasa, grammar dsb, tolong abaikan n juz fahami apa yg nak disampaikan.
Keraplah lawati blog ini dan berikan komen anda. Btw u can call me zul and if u want to know more about me add me (http://profiles.friendster.com/shafizul)

Salam perkenalan.