Tuesday, October 14, 2008

News: Harga minyak turun!

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan penurunan harga minyak.
Penurunan harga runcit minyak petrol dan diesel akan berkuatkuasa tengah malam ini.

Harga petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen seliter dari RM2.45 kepada RM2.30 seliter;

Manakala petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter dari RM2.30 kepada RM2.20 seliter.

Manakala harga diesel akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter dari RM2.40 kepada RM2.20 seliter.

Komen aku: Terbaek!!

Monday, October 13, 2008

Political Issues: Tak minat Tukar Kerajaan!!!

Ketua Pembangkang tidak berminat meneruskan rancangannya menukar kerajaan persekutuan melalui usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat yang sedang bersidang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sekarang menumpukan fokus pada isu-isu ekonomi, termasuk Bajet 2009.

"Buat masa ini fokus kita ialah terhadap bajet," katanya, juga ketua PKR, di lobi Parlimen hari ini.

Komen aku: Aitttt!! Ari tu masa election beria-ria sngat nak tumbang kerajaan BN...then cakap dah cukup ahli parlimen nak tukar kerajaan...tp ari ni cam tak minat plak...Pelik! Adakah plan alih kerajaan tu main2 je? Harga minyak dah turun nih...kalu Pakatan berkuasa mesti turunkan harga minyak...BN tak nak turunkan pun(coz kena berhati2 dengan krisis ekonomi la tu)...tp aku rasa Pakatan takut nak pegang kerajaan dlm krisis kewangan dunia sekarang ni kott...Hurmm..sesama la kita fikir..

Sunday, October 12, 2008

Political Issues: Update terkini Pencalonan Pemilihan UMNO

presiden
- Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (timbalan perdana menteri) - 23
- Tengku Razaleigh Hamzah(Ketua Umno bahagian Gua Musang)

timbalan presiden
- Tan Sri Muhyiddin Yassin (naib presiden) - 21
- Datuk Seri Mohd Ali Rustam (ketua menteri melaka)- 3
- Datuk Muhd Taib - 2
- Datuk Nur Jazlan Mohamad .

naib presiden - Datuk Seri Hishammuddin Hussein (menteri) - 20
- Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (timbalan ketua perhubungan Umno Sabah)-10
- Datuk Ahmad Zahid Hamidi(menteri jabatan perdana menteri), - 9
- Datuk Seri Mohd Khalid Nordin (menteri pengajian tinggi) - 7
- Datuk Seri Rais Yatim (menteri luar) - 5
- Datuk Seri Syed Hamid Albar (menteri dalam negeri) - 5
- Tan Sri Isa Samad (bekas naib presiden) - 4
- Datuk Seri Shahidan Kassim(ketua badan perhubungan Umno Perlis) - 3
- Datuk Mohamad Hassan(ketua menteri negeri sembilan) - 2
- Datuk Jamaluddin Jarjis (menteri) - 2
- Tan Sri Annuar Musa - 1
- Tan Sri Rahim Thamby Chik (bekas ketua Pemuda)
- Datuk Seri Musa Aman (ketua menteri sabah)
(Calon bagi jawatan naib presiden diwajibkan mendapat 10 peratus atau 19 pencalonan daripada 191 Umno bahagian)

ahli majlis tertinggi (MT) Umno
- Datuk Seri Idris Jusoh(bekas menteri besar Terengganu).
- Datuk Abdul Rahman Bakar(ketua Umno bahagian Marang)
- Datuk Tengku Putera Tengku Awang(ketua Umno bahagian Hulu Terengganu)
- Datuk Ahmad Lebai Sudin (ketua Umno bahagian Pokok Sena)
- Datuk Johari Baharom(timbalan menteri Jabatan Perdana Menteri)

ketua Pemuda - Datuk Mukhriz Tun Mahathir(exco Pemuda) - 38 (Layak Bertanding)
- Khairy Jamaluddin (ahli parlimen Rembau/menantu Pak Lah) - 19
- Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (bekas menteri besar Selangor) - 10
- Datuk Zahidi Zainul Abidin(timbalan ketua perhubungan Umno Perlis)- 1
(Calon bagi jawatan ketua Pemuda diwajibkan mendapat 20 peratus atau 38 pencalonan daripada 191 Umno bahagian)

ketua wanita
- Tan Sri Rafidah Aziz (bekas menteri) - 39
- Datuk Seri Shahrizat Jalil - 39

ketua puteri
- Datuk Shahaniza Shamsuddin(ketua Puteri Pahang) - 23
- Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin(naib ketua) - 22
- Datin Ismalina Ismail(ketua Puteri Wilayah Persekutuan) - 7
- Bibi Sharliza Mohd Khalid (setiausaha puteri) - 6
- Azlina Mehtab - 2

News: Shahrukh Khan dapat Datuk?

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob akan anugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka kepada Shahrukh Khan kerana promosi Melaka dalam movie One 2 Ka 4 dan 5 movies lagi.

Komen aku: Nanti org kena panggil Datuk Shahrukh Khan la kat pelakon ni... Agak2 nape tak bg kat pengarah filem je? Pelakon juz ikut arahan Pengarah or Penerbit je pun...Silap2 die tak tau pun yg tempat yg di berlakon tu nama Melaka...KahKahKah...Bg la Kat Jackie Chan gak...die berlakon kat Dataran Merdeka kot dlm Police Story!...dulu kecik2 aku minat gak Shahrukh Khan ni...skarang dah tak dah...coz hero tu dah tua...KahKahKah.

Political Issues: Esok Parlimen Sambung Bersidang...Apa DSAI cakap?

DSAI yg merupakan de facto leader Parti Keadilan Rakyat smlm menyalahkan Pak Lah kerana kelewatan dalam penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat. Beliau menegaskan bhwa Pakatan Rakyat dah mempunyai cukup ahli parlimen utk tubuh kerajaan pada 16 September. " We asked Pak Lah for a meeting to ensure an orderly transition of power, but he refused to call for a special session of the Parliament to prove Pakatan's majority in the house. Never mind, the new government will still be formed soon,'' Anwar said.

Komen aku: Biasa la tu... bila dah plan tak berjaya mesti la nak salahkan org lain kan...Soon? why soon? Bagitau je lah tarikh yg betoi2...Sebelum ni confident je letak tarikh...Kenapa tak ckp esok? Esok kan parlimen nak bersidang....Kahkahkah

Movie yg aku tgk: Fury

Korang minat citer Ong Bak? if minat korang tak bleh miss movie Fury yg baru masuk panggung...
hebat: masa minah hero tu lawan...blajar dari citer Ong Bak je dah pandai tomoi minah ni...tapi 3 suku dia ni...
bosan: asal tunjuk muka mak hero je terus bosan citer ni...
kelakar giler: ada skit2 aksi lawan dlm citer ni ada unsur2 cam citer2 Steven Chow...pecut perut korang gelak!! Confirm..

Cadangan aku: Korang tak yah gi tengok citer Disaster Movie if tgh sengkek...tunggu je filem ni ada org upload then korang download je.

Thursday, October 9, 2008

Political Issues: Ahmad Zahid n Muhammad Mohd Taib

Datuk Ahmad Zahid tak nak bertanding timbalan tp bertanding naib plak...sebagai menghormati Najib yg akan jadi presiden UMNO...

Tan Sri Muhammad Mohd Taib tetiba nak bertanding timbalan...so ni update terkini

timbalan presiden
- Tan Sri Muhyiddin Yassin (naib presiden)
- Datuk Seri Mohd Ali Rustam (ketua menteri melaka)
- Datuk Nur Jazlan Mohamed(ketua bahagian Pulai)
- Tan Sri Muhammad Mohd Taib (Ketua penerangan Umno)

naib presiden
- Datuk Seri Shahidan Kassim(ketua badan perhubungan Umno Perlis
- Tan Sri Isa Samad (bekas naib presiden)
- Tan Sri Rahim Thamby Chik (bekas ketua Pemuda)
- Datuk Seri Syed Hamid Albar (menteri dalam negeri)
- Datuk Seri Mohd Khalid Nordin (menteri pengajian tinggi)
- Datuk Seri Rais Yatim (menteri luar)
- Datuk Seri Musa Aman (ketua menteri sabah)
- Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (timbalan ketua perhubungan Umno Sabah)
- Datuk Ahmad Zahid Hamidi(menteri jabatan perdana menteri)

Wednesday, October 8, 2008

Political Issues: Pak Lah tak tanding President!!

Pada Mesyuarat Dewan Tertinggi BN jam 3.30 petang tadi, Pak Lah telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan presiden yg disandangnya sekarang pada pemilihan UMNO mac depan.Beliau juga akan melepaskan jawatan perdana menteri dan menyerahkan kuasa kepada timbalannya pada bulan Mac apabila Datuk Seri Najib Razak dipilih sebagai presiden baru parti itu.

KahKahkah...Mmg semua org dah jangka dah Pak Lah akan buat keputusan ni...Kesian Pak Lah...apabila beliau bersara pada Mac 2010, beliau menjadi salah seorang perdana menteri yang mentadbir dalam tempoh masa paling singkat - selama lima tahun lima bulan...

Info sket...
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dari Ogos 1957 hingga Jun 1971
Tun Abdul Razak dari September 1971 hingga Januari 1976
Tun Hussein Onn dari Januari 1976 hingga Julai 1981
Tun Dr. Mahathir Mohamad dari Julai 1981 hingga Oktober 2003
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dari Oktober 2003 hingga Mac 2010

so who's our nextPM????

Seperti yg sedia maklum if jadi Presiden UMNO di zaman kekuasaan BN secara automatik akan jd PM.Antara ahli politik UMNO yg telah mengumumkan kesediaan untuk bertanding dan dijangka bertanding jawatan presiden dan jawatan2 penting UMNO adalah seperti berikut:

presiden - Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (timbalan perdana menteri)
- Tengku Razaleigh Hamzah(Ketua Umno bahagian Gua Musang)

timbalan presiden - Tan Sri Muhyiddin Yassin (naib presiden)
-Datuk Ahmad Zahid Hamidi(menteri jabatan perdana menteri),
- Datuk Seri Mohd Ali Rustam (ketua menteri melaka)
- Nur Jazlan.

naib presiden - Datuk Seri Shahidan Kassim(ketua badan perhubungan Umno Perlis
- Tan Sri Isa Samad (bekas naib presiden)
- Tan Sri Rahim Thamby Chik (bekas ketua Pemuda)
- Datuk Seri Syed Hamid Albar (menteri dalam negeri)
- Datuk Seri Mohd Khalid Nordin (menteri pengajian tinggi)
- Datuk Seri Rais Yatim (menteri luar)
- Datuk Seri Musa Aman (ketua menteri sabah)
- Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (timbalan ketua perhubungan Umno Sabah)

ahli majlis tertinggi (MT) Umno
- Datuk Seri Idris Jusoh(bekas menteri besar Terengganu).
- Datuk Abdul Rahman Bakar(ketua Umno bahagian Marang)
- Datuk Tengku Putera Tengku Awang(ketua Umno bahagian Hulu Terengganu)
- Datuk Ahmad Lebai Sudin (ketua Umno bahagian Pokok Sena)
- Datuk Johari Baharom(timbalan menteri Jabatan Perdana Menteri)

ketua Pemuda - Khairy Jamaluddin (ahli parlimen Rembau/menantu Pak Lah)
- Datuk Mukhriz Tun Mahathir(exco Pemuda)
- Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (bekas menteri besar Selangor)
- Datuk Zahidi Zainul Abidin(timbalan ketua perhubungan Umno Perlis)

ketua wanita - Tan Sri Rafidah Aziz (bekas menteri)

ketua puteri - Rosnah Abdul Rashid Shirlin(naib ketua)
- Datin Ismalina Ismail(ketua Puteri Wilayah Persekutuan)
- Datuk Shahaniza Shamsuddin(ketua Puteri Pahang)
- Bibi Sharliza Mohd Khalid (setiausaha puteri)

Calon presiden memerlukan 30 peratus atau 58 pencalonan, timbalan presiden (20% atau 38 pencalonan), naib presiden (10% atau 19 pencalonan) dan Majlis Tertinggi (5% atau 10 pencalonan).

p/s:- if salah jgn saman...sy tak cukup duit nak upah lawyer....
tunggu update yerr.....
kahkahkah....

Tuesday, October 7, 2008

Political Issues: Apa keputusan Pak Lah?

Hampir 30 badan2 NGO berkumpul secara aman di hadapan kediaman rasmi Pak Lah pagi ini bagi menyatakan sokongan mereka terhadap Pak Lah. Pak Lah dijangka akan mengeluarkan kenyataan sama ada mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno pada pemilihan Mac depan ketika mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN), di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), jam 3.30 petang ini. Antara NGO yg berkumpul bermula 7.15 pagi tadi adalah terdiri daripada Alumni Kelab Umno Luar Negara, Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti (PERKIP) dan Pekida.

Bagaimana dengan anda? Apakah pendirian anda sebagai rakyat Malaysia? Apa2 pun kita tunggu penyataan yg akan dikeluarkan oleh Pak Lah...

I'm back n today's my birthday!

Alhamdulillah...
Tahun ini Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah diseluruh negara...
Setelah 5 jam perjalan dengan Kancil ku yg tak kurang memenatkan bermula pukul 9.30 pg tadi, kembalilah semula aku ke Kuala Lumpur...lambat sehari dari kebanyakkan warga KL...
Aku mmg plan nak balik hari ini kerana menjangka tiada kerja akan diberi oleh Bos ku..
Dia pun tak bagitau awal2 smpai bila aku cuti so aku balik la sesuka hati...
Tapi sebenarnya ada keje yg perlu disettlekan...so smpai saja ke UM terus aku settlekan keje2 tu semua...Alhamdulillah...Bos aku tak marah walaupun aku sengaja balik lewat...

Hurm...hampir 2 minggu aku tak menulis blog banyak perkara yg dah berlaku di negara kita...apa yg dah tertinggal tu aku malas nak sentuh dah...coz dah basi...so bermula esok aku akan mula dengan isu n berita2 yg fresh2...

Oh sebelum aku lupa...hari ni adalah ulang tahun kelahiran aku yg ke 23 tahun...
Selamat Hari Jadi! Selamat Hari Jadi! Selamat Hari Jadi Shafizul! Selamat Hari Jadi!!Lalala...