Wednesday, January 14, 2009

Isu Kampus : Aspirasi kekal berkuasaan di UTM

Malaysiakini, 14 Januari 2008


Seperti yang dijangkakan, kumpulan pro-Aspirasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengekalkan kemenangan dalam pilihanraya kampus semalam apabila memenangi 35 daripada 45 kerusi yang dipertandingkan.

Bagaimanapun, prestasi kumpulan itu - kini dikenali sebagai Evolusi Mahasiswa - tercalar sedikit apabila musuh tradisi mereka, pro-Mahasiswa berjaya menambah bilangan kerusi, dari lapan kepada 10 kerusi.

Tahun lalu, pro-Mahasiswa meletakkan 15 calon sahaja. Tahun ini, kumpulan itu menambah sebelas lagi calon, menjadikan kesemuanya 26 calon bagi bertanding kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti berkenaan. Evolusi Mahasiswa bertanding di semua kerusi.


Komen aku : Aspirasi UTM dah buktikan bahawa arus peralihan politik yg berlaku pada 3 negeri yg jatuh di tangan Pakatan Rakyat tak akan berlaku di kampus mereka. Mesti org2 atasan Aspirasi UTM dah plan betul2 utk menang supya tidak dimanipulasi oleh Pakatan Rakyat jika mereka kalah.

No comments: