Malaysiakini, 12 Jan 2009
PAS Terengganu mencabar pemimpin Umno berdebat mengenai isu pembatalan bayaran royalti minyak ke kerajaan Terengganu.
"Saya boleh berdebat bila-bila masa," kata timbalan pesuruhjaya PAS negeri Datuk Wan Abdul Mutalib Embong."Panggillah peguam terbaik dia (Umno), saya boleh berdebat," katanya dalam sidang media harian PAS hari ini di Kuala Terengganu bersempena pilihanraya kecil parlimen tersebut.
Beliau tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri sekarang yang beranggapan isu tersebut telah selesai pada Mac depan dan akan menarik balik saman terhadap kerajaan persekutuan yang berbuat demikian sejak 2000.
Tindakan mahkamah itu dijangka dibuat selepas Terengganu mendapat maklumat lengkap baki wang tersebut sejumlah RM1.5 bilion dari Kuala Lumpur, termasuk yang dihabiskan di beberapa negeri lain.
Kerajaan negeri dilaporkan sedang menunggu maklumat lanjut Kementerian Kewangan berhubung perkara itu, selain RM700 juta wang royalti Terengganu yang telah disahkan digunakan oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) untuk projek di negeri-negeri lain.
Komen aku: Ni sesaja ni pak cik ni nak cari populariti...dah takde isu nak bangkitkan la tu...org dah ckp isu selesai di pi kecoh2 lg...
Monday, January 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment