Tuesday, February 17, 2009

Politic Issues: Kalau kena dkt BN suruh cepat letak jawatan tapi bila kena kat PKR....

Sumber: Malaysiakini
Anwar, kita akan putuskan bila Eli habis bercuti

PKR akan membuat keputusan mengenai status exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong selepas beliau balik dari cuti, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun diasak berulangkali, Anwar enggan menyatakan berapa lama Elizabeth akan bercuti.

Anwar juga berkata beliau akan meminta Elizabeth menimbang semula keputusannya menawar untuk meletakkan jawatan exco negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan.

"Kita akan meminta beliau menimbangnya semula," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.


Komen aku: Kes Gambar Lucah ni melibatkan soal akhlak! ADUN ada pemimpin rakyat, hak rakyat dan teladan kepada rakyat! Klu pemimpin tak berakhlak...maka rakyat?...Bagi aku, si Eli ni tak kawin lagi, so tak patut la bagi dia dan bekas teman lelakinya itu bersekedudukan dan tidur sekatil...macam mana dia nak memimpin rakyat berakhlak kalau dia sendiri terbukti tak berakhlak!
Yg pemimpin2 PKR ni pun satu...klu jd kat org BN mcm kes seks Chua Soi Lek suruh cepat2 letak jawatan....tp klu kena kena kat org parti sendiri suruh rehat dulu la, pikir dulu la....ini DOUBLE STANDARD!

No comments: